DJI Mini 4 Pro: Aerial view Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat dan Sekolah Agama Tenaga Sepakat
- RS STORE ENTERPRISE
- Aug 19
- 2 min read
Original video: https://youtu.be/HtnK6ONRQXU
Recorded on: 6 May 2025
Recorded by: DJI Mini 4 Pro
Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat is a National Primary School established to serve the communities of Kampung Parit Yob and its surrounding areas, including Kampung Parit Andin, within the Parit Yaani district of Johor. The school was founded through the collective efforts of the local villagers to provide a convenient and accessible educational facility for their children, who previously had to travel a significant distance for schooling.
Luas tanah kawasan sekolah ini ialah 2 ekar, 1 rod dan 27 pol. Terletak di Kampung Parit Yob, Mukim Enam, Linau, Batu Pahat. Tanah ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Hj. Maksom bin Kassan dalam tahun 1952.
Pada tahun 1975 sekolah ini mendapat tambahan tanah seluas ½ ekar, 0 rod dan 2 pol yang telah diwakafkan oleh Tuan Hj. Jaafar bin Hj. Shukor. Sebahagian dari tanah ini telah diwakafkan kepada bangunan Sekolah Agama Tenaga Sepakat dan bakinya diwakafkan kepada sekolah ini.
Memandangkan pertumbuhan penduduk di kawasan Parit Yob dan kawasan sekelilingnya dan perjalanan anak-anak mereka yang jauh untuk ke sekolah di Pekan Parit Yaani, maka satu mesyuarat telah diadakan oleh ketua kampung tersebut bagi menimbangkan hal ini. Kata sepakat telah diperolehi dan dengan kerjasama daripada Penghulu Mukim Enam, satu permohonan telah dimajukan kepada Pejabat Pelajaran, Pejabat Tanah dan juga Pejabat Daerah Batu Pahat.
Kerja-kerja membina sekolah ini dibuat secara gotong-royong. Penduduk kampung telah memberi tenaga dan semangat. Atas daya usaha dan sepakat, derma dari orang ramai pada masa itu dapat dikumpul sebanyak $543.80 sahaja. Walaupun demikian bahan-bahan binaan seperti tiang, kayu, papan, zing, paku, dawai dan lain-lain telah didermakan oleh penduduk setempat.
Pada tahun 1960, maka terdirilah sebuah sekolah di kampung ini yang beratapkan zing dan berlantaikan tanah. Pihak Jabatan Pelajaran telah membekalkan kerusi, meja dan papan hitam secukupnya. Seramai 3 orang guru dan seorang pekerja ditempatkan di sekolah ini. Sekolah ini telah diberi nama "SEKOLAH MELAYU TENAGA SEPAKAT"
Pada tahun 1991, kerajaan telah membina bangunan tambahan untuk kelas PRASEKOLAH. Kelas ini adalah kelas ubahsuai daripada bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan ditambah 10 kaki untuk dijadikan dapur masak dan tandas.
Di luar kelas ini dibina kawasan permainan kanak-kanak seperti:-
1. Papan jongkang-jongkit
2. Buaian
3. Papan gelungsur
4. Kotak permainan air dan pasir.
Pada tahun 1992, dibina sebuah pondok yang diberi nama BALAI ILMU untuk murid-murid membaca. Peruntukkannya daripada Ahli Dewan Undangan Kawasan Parit Yaani YB. Tuan Hj. Mohamed bin Hj Abdul Aziz. Pondok ini didirikan secara gotong-royong oleh anggota PIBG, guru dan penduduk kampung.
Selain daripada Balai Ilmu, pondok basikal juga telah dibina untuk meletakkan basikal murid. Peruntukkannya disumbangkan oleh Cikgu Tuan Hj. Siam bin Judi (Guru Bersara) bekas guru sekolah ini. Ia dibina secara gotong-royong juga.
Pada tahun 1995 Kerajaan memberi peruntukan untuk membina pagar baru, menganti lampu, kipas angin dan mengecat bangunan. Di samping itu, sekolah ini menjadi projek perintis Pendidikan Alam Sekitar Peringkat Negeri Johor. Beberapa pondok kecil, taman bunga, taman rempah-ratus dan taman sayur-sayuran diadakan.
Location:
Parit Yob, Parit Yaani, 83700 Yong Peng, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
W2JQ+VM Parit Yaani, Johor
1.932402005620178, 103.03913954237292
Attribution 4.0 International — CC BY 4.0 - Creative Commons
Comments