JABATAN PERTANIAN KOTA TINGGI: "MALAYSIA BOLEH! MENUJU KEJAYAAN PENANAMAN BAWANG BERHASIL TINGGI"
- RS STORE ENTERPRISE
- Aug 8
- 2 min read
Original video: https://youtu.be/R_3s2yZG5jU
Shared on: 7 Ogos 2025
BAHASA MELAYU
Sekarang Sudah Boleh: Penanaman Bawang Berhasil Tinggi di Malaysia Tropika!
Kajian dan penemuan kaedah terkini oleh penyelidik dan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya membuka jalan bagi pengurangan kebergantungan penuh Malaysia terhadap bawang ros merah yang diimport dari Karnataka, India — bahan asas dalam pelbagai masakan tempatan. Ujian penanaman lapangan yang dijalankan di Selangor dan Perak membuktikan bahawa bawang ros import yang banyak dipasaran sebenarnya boleh hidup subur dalam iklim tropika Malaysia, sekali gus merintis industri bawang tempatan yang berdaya saing.
Dua kaedah penanaman diperkenalkan:
1) Bulbifikasi: Sesuai untuk pengeluaran bahan tanaman, kaedah ini menghasilkan 7–8 biji bawang ros kecil bagi setiap rumpun pokok dengan kos yang rendah — ideal untuk petani kecil yang memerlukan benih bawang untuk ditanaman secara vegetatif.
2) Pembesaran (Bulking): Fokus kepada penghasilan bawang ros bersaiz lebih besar untuk pasaran, kaedah ini menggunakan teknik peneduhan, pembajaan foliar, dan rawatan sitokinin untuk mencapai hasil hampir 11 tan sehektar — dengan keuntungan bersih melebihi RM63,000, serta jangkaan pulangan sebanyak RM102,410 sehektar bagi tahun 2025.
Prestasi fisiologi turut meningkat dalam kaedah pembesaran, termasuk kandungan klorofil yang lebih tinggi dan kecekapan penggunaan air yang lebih baik. Walaupun memerlukan kos permulaan yang lebih tinggi, kaedah ini terbukti memberi pulangan yang jauh lebih tinggi kepada pengusaha yang mensasarkan pasaran pengguna.
Model dua hala ini memberi pilihan kepada petani Malaysia: menghasilkan stok bawang untuk penanaman semula atau memfokus kepada bawang ros berhasil dan bernilai tinggi untuk jualan pasaran. Selain potensi ekonomi, kajian ini juga memperkukuh keselamatan makanan negara dengan mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran global.
Dalam menghadapi ketidaktentuan iklim dan pasaran dunia, bawang ros yang ditanaman di Malaysia mungkin bakal menjadi wira pertanian seterusnya.
ENGLISH
A breakthrough study by Universiti Putra Malaysia and presents a strategic solution to Malaysia’s full reliance on imported rose onions — a kitchen essential rooted in Karnataka, India. By testing domestic cultivation methods across Perak and Selangor, researchers proved that rose onions can thrive in Malaysia’s tropical climate, opening the door to a robust, local onion industry.
Two farming strategies were explored:
• Bulbification: Ideal for propagation, this method yields up to 7–8 small bulbs per plant with lower input costs, making it accessible for smallholders.
• Bulking: Focused on growing larger, marketable onions, this method combines shading, compost tea, and cytokinin treatments to produce nearly 11 tons per hectare — leading to a net return of over RM 63,000 and a projected revenue of RM 102,410 per hectare.
Physiological improvements, like higher chlorophyll content and enhanced water-use efficiency, underscore the sustainability of this approach. Though more costly upfront, the bulking method proved significantly more profitable, especially for commercial producers aiming to meet consumer demand.
This dual-method blueprint offers Malaysian farmers a choice: produce planting sets to support propagation, or cultivate premium onions for market sale. Beyond economic opportunity, the study strengthens Malaysia’s food sovereignty, reducing vulnerability to global supply disruptions.
As climate shifts and import costs rise, homegrown rose onions may be the next champion of Malaysia’s agricultural future. 🧅
Attribution 4.0 International — CC BY 4.0 - Creative Commons





Comments